Monday, December 10, 2007

Perancangan selepas LCC Success Training

Setelah hampir seminggu menyepikan diri bukanlah bermakna saya telah melupakan rutin dan bisnes ini. Bisnes SST masih berjalan walaupun sibuk dengan perniagaan saya.

Saya ingin kongsikan pengalaman LCC dua hari sudah. Tiada kata...cuma 'Luar Biasa Hebat'. ..membuka minda dan perancangan untuk maju ke depan dengan beberapa strategi yang boleh diguna pakai. Saya pasti PD Fauzan berasa terkilan kerana tak dapat hadir atas sebab-2 yang tidak dapat dielakkan.
Walaupun pagi itu suami ku memujuk aku agar tidak pergi kerana katanya hari ahad, hari keluarga, kesian pada anak-2 saya yang tinggal di rumah lebih-lebih lagi malam pada hari sabtu itu juga saya telah keluar untuk perjumpaan dengan leader-leader hebat yang datang dari Utara, dan minggu sebelumnya boleh dikira waktu yang saya gunakan untuk bersama dengan keluarga saya. Akhirnya saya memberitahu mengenai perjalanan program dan keberkesanan yang tidak boleh ditukar ganti yang akhirnya dia bersetuju....Alhamdulilah.

Tidak sia-sia hari yang saya telah pilih untuk berada di LCC Success Training. Kepada downline-downline saya yang tidak dapat hadir hari tu, tak mengapa, Insyaalah bulan hadapan ada satu lagi LCC Success Training. Saya harap anda tidak akan mensia-siakan peluang tersebut.

Kalau nak tahu, sekarang ni saya rasa ada banyak benda yang perlu dibuat, tapi dengan perancangan dan action, arah tuju akan dapat dikecapi lebih cepat.Insyaalah......

Ingin bersama kami...klik here.