Wednesday, November 28, 2007

7 Amalan Harian

Semalam merupakan hari yang panjang yang telah dimanfaatkan sepenuhnya. Alhamdulillah, semakin hari perjalanan aku di Smart Naco membuahkan hasil dan semakin mudah, lebih-lebih lagi dapat memperbaiki diri didalam meeting seperti semalam.

Terasa Aura yang berbeza dimana rakan-2 diberi peluang untuk berucap dan memperbaiki diri didalam berucap. Kalau dulu semasa bekerja makan gaji dahulu, tiap-tiap bulan sekali pasti aku akan berucap dengan pekerja-pekerja baru mengenai bagaimana menggunakan intranet untuk melihat leave mereka, claim mereka, tak lupa juga cara-cara bagaimana mengisi borang claim dan benefits apa yang boleh diclaim mengikut ranking dan pangkat mereka. Teknik berucap aku dulu masih boleh dipraktikkan di Smart Naco cuma di dalam situasi yang berbeza.


Masih ramai juga yang memandang rendah kepada Kerjaya MLM. Ramai yang kata MLM adalah 'Meniaga Larut Malam' dan tidak professional. Jika ia tidak professional masakan ramai yang sanggup berhenti makan gaji yang bukan calang-2 yang terdiri daripada jurutera, akauntan, lawyer dan banyak lagi. MLM adalah kerjaya dimana kuasa pengaruh amat dipentingkan. Disebabkan itu, sebelum mengubahkan pemikiran dan persepsi orang lain, kita perlu merubah diri kita dahulu. (For Things to change.....I must Change First).

Rakan-rakan yang berucap semalam seperti SPD Mat Som, SPD Sharif, PD Normala dan PD Fauzan, bila dilakukan berulang kali lebih mudah mengingat apa yang dipelajari semalam, aku cuba untuk berkongsi disini memandangkan bukan sahaja mengingatkan aku malah rakaniaga yang lain juga.


7 Amalan Harian

1. Membaca Buku
2. Mendengar CD/VCD
3. Produk
4. Menjual
5. Menghadiri Setiap Perjumpaan
6. Menghubungi Upline
7. Perancangan

Esok aku juga cuba huraikan tiap-tiap satu agar boleh dilakukan dan dimanfaatkan bersama. Di Smart Naco bukan saya peluang niaga terbuka luas tetapi manfaat kesihatan yang tiada gantinya, bergantung pada anda untuk memilih. Klik sini.

Semoga Berjaya.